Jumaat, 22 Oktober 2010

kak ju 23.10.2010

Airplane Wishes 1

Pada 23.10.2010 adalah hari lahir sahabat office ku iaitu kak ju.yang keberapa biarlah kak ju aja yg tahu...Ada Ucapan dan Doa khas untuk kak junita mohd jalil antaranya adalah....:-
  • bahagia disamping keluarga tersayang    
  • dimurahkan rezeki oleh Allah.
  • mudah -mudahan tercapai impian yg dihajati.
  • serta di jauhi segala musibah 
- AMIN... mudah-mudahan di makbulkan Oleh Allah untuk kak ju... amin...

Selasa, 19 Oktober 2010

sikap (mood)



Oklah..hari ni aku nak bercakap tentang mood atau sikap diri tak payah nak ambil contoh jauh-jauhlahkan lain dan tak bukan akulah ...sebenarnya aku ni ada masa mood baik  ROTFL..ada kalanya pula mood arghhhhh marah!!!! immmmmm.Computer Smash. Nak tahu mood macam mana time aku baik adalah aku suka sangat bercakap ( ya ke byk cakap?..heemm) dan suka buat lawak dan loyer buruk juga kadang-kadang  , sampai org pon malas nak dengar apa yg aku bebelkan...haaaa..Ballerinababak panas ni biasalah kalau perempuan dia tak ada mood disebabkan bendera merah lah apa lagi ( pemprosesan hormon-hormon dlm badan, tu yg boleh jadi malas, panas baran macam2lah )Doofus tapi kadang-kadang tak semestinya pasal tu aja motifnya.adakalanya aku suka bersendiri dan malas nak bercakap dengan sesiapa pon juga. maksudnya pada masa tu aku suka buat hal sendiri aja, ini memang sikap aku dari dulu sampai sekaranglah sekarang ( patutlah tak ramai kawan?... heemmmm..tak ada siapa ke yg sudi issss jadi kawan )  ...Woman In RollersAla bad mood aku ni kejap aja dua tiga hari oklah..( kejap ajakan...heeei Roll).Bagi akulah setiap manusia di muka bumi ini ada juga sikap seperti aku ini dah memang lumrah kehidupan kita ada masa pasang surut..seperti malam bertukar siang Lightning, panas bertukar hujan, Thundermuda kepada tua dan macam-macam lagi . ada org mengatakan kita bagaikan roda kejap diatas kejap dibawah...jadi putaran kehidupan ini memang tak boleh kita lari cuma kita perlu mengubah kearah kebaikan dan hidup dengan penuh bermakna..oklah aja..penat rasanya nak taip byk2 hari ini, disini aku ada selitkan puisi yang aku reka sendiri tak tahu lah bagus ke tak yang pasti itulah aku...(harap maaf jika ada yg menyinggung perasaan anda semua harap di maafkan).


PUISI AKU...

Aku hanya manusia biasa,
lemah dan berdosa,
kehidupan yg penuh pancaroba,
tidak dapat ku jangka,
hanya dengan ketabahan dan pegagan agama,                                                   
amalan itu yg ku bawa bersama,
tiap hari dan masa,
supaya aku terus mencari ilmu agama,
hidup pula bahagia dan bermakna,
sentiasa ingat pada kelurga tercinta .....
dan mengunkapkan syukur kepada Allah maha Esa.
(hak cipta terpelihara nadia)

Isnin, 18 Oktober 2010

TERIMA KASIH...


Ucapan aku yang tersemegah mana aku tujukan kepada sahabat Office aku iaitu kak ju dan Milah
Ok kita mulakan dengan orang yg lebih lama berkerja kat syarikat aku bekerja sekarang ni ...kak ju utk panggilan yang paling manis aku panggil sebab dia org yg paling tua dari aku so aku panggil pangkat kak lah kan...nama penuh dia Junita Mohd Jalil dia aku punya officer account,kalau setiap kali aku dah siap kerja aku kena tunjuk dulu kat dia..maklumlah takut ada salah..tak salah kalau kita suruh org semak kerja kita supaya boleh kita memperbaikinya...dia seorang yang tak byk cakap sangat tapi ada masa dia funny yang nice...masa aku nak minta kerja dulu..dia yang interview aku..tapi masa tu aku minta bahagian kerani...tapi tak dapat..dia panggil aku suruh bekerja sebagai pembantu dia.iaitu pembantu akaun..heeem ...boleh ke.aku kata aku tak tahu dlm hal akaun asas akaun pon aku tak ada , tapi dia yakin aku boleh buat jadi dia beria-ia nak ambil aku ...aku takut dan tak mampu nak buat..tapi dia meyakinkan kat aku ambil peluang yg telah diberikan sebagai satu cabang baru dan dia akan membantu aku..jadi aku pon mencuba dengan kemahiran yang dia serta menurunkan ilmu dia kepada aku sehingga sekarang ini..dia (kak ju) tak pernah jemu-jemu melayan masalah aku dalam hal kerja atau masalah peribadi.. 
Best Friends
Ok..the next story Milah dia ni tua setahun aja dari aku jadi aku panggil dia milah aja nama penuh dia Jamilah Hashim..dia aku punya bahagian admin ..dia ni org dia kecik molek aja ..dia rajin berborak jugalah dan banyak membantu aku juga bila aku perlukan bantuan..haaa kalau nak tahu masa interview tu aku dengan milahlah nak berebutkan jawatan nie tapi rezeki meyebelahi dia dalam hal-hal amin office. Tapi aku tak marah setiap org ada rezeki masing-masingkan, sekarang ini aku dan milah dah bekerja dalam syarikat sama tapi cuma jawatan yang disandang aja berbeza..9 To 5( sentiasa bersama.......)
Walau macam mana pon mereka berdua my best friends bukan sahaja kat office tetapi selama-lamanya.. always remember         
Ikhlas daripada sahabat mu  Hugs And Kisses       

Jumaat, 15 Oktober 2010

16 Okt Special day

Pada 16 okt 1982 ...tepat pukul 8.45 pagi , di hospital Kuala Kubu Bahru lahirnya seorang budak perempuan yang sihat dan comel yang diberi nama Nornadia Binti Mohd Daud iaitu diri ku....

Jadi bermulalah perjalanan hidup aku ini dengan penuh kecerian di samping keluarga tersayang...(semua org sayangkan keluargakan) .aku mula kenal apa itu ibu apa itu ayah ?Ibu yang paling memahami diri ku, beliau bukan aja teman diwaktu aku senyumSmile dan tawa ROTFLmalahan di waktu aku dalam kedukaan..ibu tak jemu-jemu memberikan aku bantuan...kasih ayah pula dengan memberi apa yang termampu untuk ia belikan ikut apa saja kehendak anaknya asalkan anak -anaknya merasa gembira. Aku bangga dianggap anak ibu dan ayah kena aku tahu tanpa ibu dan ayah tak akan dapat aku melihat dunia sampai hari ini. mungkin aku tak mampu utk membalas jasa orang tu ku..Setiap kali aku sembahyang aku sentiasa berdoa agar Allah akan memberikan kebahagian didunia dan diakhiran kepada ibu dan ayah. Aku pernah mendengar penceramah agama berkata selagi dalam sembahyang kita sentiasa mendoakan kebahagian ibu dan bapa kita, maka orang itu rezekinya akan sentiasa ada tidak kira rezeki apa yang Allah akan berikan...oleh itu aku bersyukur kepada ilahi kerana memberikan aku kedua orang tua yang memahami, penyanyang dan tak ada ucapan yang terindah lagi aku ingin gambarkan..Love Always   (babak sedih masa aku tulis ni )..kadang-kadang aku terfikir sama ada aku boleh terima ke kehilangan mereka.. aku rasa tidak?....mungkin sukar aku untuk menerimanya..di saat aku kehilangan orang yang paling aku sayang sekali di dunia ini. .. Miss Utapi aku hairanlah!! budak-budak sekarang yang derhaka kepada ibu dan ayah mereka tak merasa kesian dan sedih ke atas apa yang mereka buat kepada orang tua mereka..sedangkan bila ada masa mood tak baik.. aku terlepas kata ahh..!!! aja kat ibu dan ayah aku rasa sedih ..cepat-cepat aku peluk ibu dan ayah minta maaf.. aku rasa serba salah kadang-kadang jadi tak menentu pon ada. aku tak boleh melukakan hati mereka..(Siapalah aku Anakkan kena dengar cakap ibu bapa)

16/10/2010 sabtu esok ...adalah hari lahir ku..ibu dan ayah adalah orang yang pertama yang telah  mengucapkan selamat hari lahir kepada ku..malahan esok ibu akan memasakan makanan kegemaran , mana kala ayahku membelikan kek untuk anaknya ini.(aku)Valentine candy..malahan adik aku juga ada untuk menyambut hari lahirku...aku merasa bahagia kerana semua ahli keluarga ada. Dengan ini tiada perkata lain yang aku ingin unkapkan aku meyanyangi ibu (hamidah manan), ayah (mohd daud hasan) dan adik (mohd norazlan)sehingga akhir hayat ku...   
I Love You

OK...lah itu aja syok sembang2 kali ini..jumpa di coretan yg seterusnya nanti...(uhhh penah nak taip...agak-  agaknya mesti byk ejaan tertinggal heeeei..harap di maafkan...)
Laughing 1     

JUMAAT 15/10/2010 KEISTIMEWAANNYA..

 Antara kelebihan di hari jumaat yang patut kita rebutkan antaranya adalah :

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat.
 
Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya :
"Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".
 (Hadis Riwayat Tarmizi)
      
2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.
   
4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas 

5. Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya :
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (nabi)".
(Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:  "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sama-samalah kita rebut peluang yang telah diberikan

Khamis, 14 Oktober 2010

 WELCOME...TO MY LIFE     ( مرحبا بكم )

I am so happy to share with all of our friends and family who can't be part of our daily life..
isss !!!!! ..boleh ke  mencampur adukan bahasa? .. hmmm!!! tak kesahlah..yang penting aku dan orang yang membaca dan melihat coretan aku ni faham...haaaah ( Macam syok sendiri ajaRoll ..)..I really just want to learn a new blog and wanted to know what the advantages and excitement that makes people really make the blog. kadang-kadang aku tengok dan baca blog diorang ni ada yang menceritakan kesah kehidupan sebenar mereka dan ada juga tak kurang bergosip like gossip girls ( i suka cerita nie ..setiap isnin tv 8 ehh..sempat pulak nak promot ..cerita kegemaran nie..best jangan tak tgk.) . jap bahangian mana..ohh pasal blog? blog nie ada juga bagusnyakan mengantikan diry yg kita pernah gunakan 5 dan 8 tahun dulu untuk mencatatkan apa saja luahan yang kita rasa tak puashati, marah,sedih dan macam-macamlah.....(dah malas nak tulis lah ni heee.).dalam diry kita tak boleh berkongsi..tapi dalam blog ni apa yang kita rasa nak kongsi dan dengar pendapat org ramai pon boleh..that he was to modenan. more advanced cyber world. Just press the computer is all there is no need to hard .. but remember do not abuse the use. rasanya panjang lebar tak aku punya ayat merapu ni..jika ada tersalah ejaan dan tunggan terbalik ke! susunan ayat ku ini. mohon ke maafan banyak-banyak yaa. Kisses