Selasa, 16 November 2010

Kegembiran 17/11/2010 hari raya korban


Assalamualaikum...hari esok semua umat islam seronok merayakan hari raya korban. aku masih lagi di office. tapi dalam hari ni hanya Allah saja yg tahu..nak buat kerja pon dah tak seronok fikiran jauh melayang ingat apa lah ibu aku masak kat rumah tu..apalah yg ayah aku buat tu..kesian mereka aku tak tolong..tapi aku tahu ibu dan ayah faham kerja anak mereka. Esok kemeriahan tu rasa tak sabar rasanya kerana dapat berkumpul semuala sanak saudara, adik , pak cik, mak cik..isss tak sabar rasanya nak dengar riuhan suara kanak2 gelak ketawa.
Sebenarnya masa aku taip ni pon malas rasanya nak taip..sebab ingat nak balik aja..heeei.tapi tak apa sabar ya..nadia. masa tengah hari waktu nak lunch ..sempat lagi aku call ibu kat rumah tanya perkembang kat rumah tu. ibu kata ayah dah siap sembelikan ayam kampung 2 ekor uhhh sedap tu nak masak rendang lah kata kan.yummm lazatnya lagi lah lapar bunyinya.Petang ini ibu pulak nak buat kuih kek gula hangus sikit untuk juwadah bagi tetamu makan yelah dah makan pedas-pedas kita bagi mereka makan manis-manis pulak. sebenarnya banyak menu sebenarnya nak buat tapi takut membazir pulakkan ..kita mana boleh membazir tak elok tu..amalan syaitan tu..ya..
Apa pon aku nak ucapkan selamat hari raya kepada peminat blog aku ni moga selamat dalam perjalan anda untuk balik kampung tu ...biarlah lembu, kambing,unta dan binatang yang halal di buat korban aja di jadikan korban bukan nyawa anda dibuat korban dengan kelalaian anda sendiri ya....huuuui panjang benow cerita ni..oklah assalamuilakum ..daripada
  

2 ulasan:

  1. amboi.. sedapnya tgk rendang dan ketupat palas tu..harap satu hari nanti bolehlah merasa masakan nadia pulak yer..hehehe..

    BalasPadam
  2. mawar kristal insyallah ...nanti nadia buat dtg lah ya ajak family sekali tau..

    BalasPadam